Perundangan 3R diguna hanya lindungi institusi raja-raja dari provokasi

Perundangan 3R diguna hanya lindungi institusi raja-raja dari provokasi

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju secara prinsip supaya Akta Hasutan 1948 [Akta 15] disemak dengan sewajarnya bagi memastikan perundangan 3R digunakan hanya untuk melindungi institusi raja-raja daripada sebarang provokasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu selepas beliau membentangkan kepada Jemaah Menteri hari ini hasil Dialog Perundangan 3R yang diadakan pada 21 Julai lalu.

Katanya, dialog tersebut khusus dalam menangani isu provokasi yang melibatkan agama (religion), bangsa (race) dan Institusi Raja-Raja (royalty) (3R) yang dihadiri wakil kementerian atau jabatan Persekutuan termasuk Kementerian Perpaduan Negara, badan-badan peguam, pertubuhan masyarakat Madani (CSO), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli-ahli akademik.

“Aspek lain berkenaan provokasi yang melibatkan agama dan bangsa akan diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu mengenai keharmonian dan perpaduan negara.

“Ini termasuk mengambil kira pandangan institusi raja-raja sebagai ketua agama Islam dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam menyemak secara terperinci akta berkenaan.

Katanya, ini bagi memastikan cadangan pindaan yang bakal dicadangkan adalah benar-benar bertujuan untuk melindungi institusi raja-raja secara holistik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya