Pertuduhan berdasarkan fakta, - Peguam Negara

Pertuduhan berdasarkan fakta, bukan desakan pihak tertentu – Peguam Negara

Peguam negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana individu berdasarkan keterangan dan fakta hasil penyiasatan, bukannya desakan pihak tertentu atau faktor lain.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menegaskan, pihaknya menafikan dakwaan wujudnya pendakwaan terpilih, bermotif politik dan penganiayaan terhadap sesiapa individu melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.

Jelas beliau, keputusan pendakwaan dibuat berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya.

“Ia selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu itu akan didakwa Jabatan Peguam Negara berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang orang yang didakwa,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan tindakan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai penganiayaan berunsurkan politik dengan menyalahgunakan perundangan negara.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Larut itu mempertikaikan tindakan yang dianggapnya dwistandard walhal ada saja pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan yang mengeluarkan kenyataan berunsurkan hasutan.

Sewajarnya, beliau menegaskan ‘layanan’ sama perlu diambil terhadap pemimpin kerajaan yang turut melakukan perbuatan sama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya