PETALING JAYA: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Khairuddin Othman; calon Pas, Profesor Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri dan calon Bebas, Nurhaslinda Basri.
Nama-nama calon bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Paya Jaras, Rahilah Rahmat di Dewan Kenanga Pejabat Daerah.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Mohd. Khairuddin memenangi kerusi DUN Paya Jaras apabila memperoleh 20,376 undi menewaskan calon BN dan Pas dengan majoriti 12,072 undi.
BN diwakili Datuk Zein Isma meraih 8,304 undi dan calon Pas, Hanafi Zulkapli pula mendapat 6,042 undi. – UTUSAN