Pertarungan sengit dua penjuru di DUN Ajil - Utusan Malaysia

Pertarungan sengit dua penjuru di DUN Ajil

JAILANI Johari (hadapan, tiga dari kiri) bersama penyokong BN yang berarak mengiringinya di di Pusat Penamaan Calon N24 Ajil di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.  - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili bekas timbalan Menteri komunikasi dan Multimedia, Datuk Serin Jailani Johari serta penyandang kerusi tersebut daripada Perikatan Nasional (PN), Maliaman Kassim dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Maliaman yang memenangi kerusi DUN itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dengan kemenangan tipis sebanyak empat majoriti undian dicabar Jailani yang juga bekas ahli Parlimen Hulu Terengganu. 

Pencalonan mereka selesai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri N24 Ajil, Yusaini Amir Mohamad Nor kira-kira pukul 10.25 pagi di Pusat Penamaan Calon N24 Ajil di Dewan Sivik Ajil, di sini, hari ini. 

Maliaman menyerahkan borang pencalonan pukul 9.04 pagi diikuti Jailani dua minit kemudian dan  pengumuman tamat penyerahan borang penamaan calon diumumkan pukul 10 pagi.

Terdahulu, kedua-dua calon diiringi seorang pencadang dan penyokong masing-masing masuk ke kawasan pekarangan pusat penamaan calon serentak kira-kira pukul 8.55 pagi. 

Kira-kira 1,000 penyokong parti bertanding berarak mengiringi calon menuju ke pusat penamaan calon dan tinjauan mendapati mereka mula memenuhi kawasan berkenaan seawal jam 7.30 pagi.  – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya