Perdana Menteri solat Jumaat di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar - Utusan Malaysia

Perdana Menteri solat Jumaat di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar

ANWAR Ibrahim (tengah) bersalaman bersama jemaah selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, di sini, hari ini.

Beliau yang tiba di masjid itu kira-kira pukul 1.10 petang disambut pihak pengurusan masjid dan jemaah.

Anwar bersama hampir 1,000 jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Sahsiah Remaja Muslim’ sebelum menunaikan solat Jumaat.

Selesai bersolat, Anwar sempat meluangkan masa beramah mesra dan bergambar dengan jemaah sebelum makan tengah hari di pekarangan masjid.

Hadir sama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail.

Anwar dijaduall  akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah pada pukul  2.50 petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya