Perbadanan Labuan beri diskaun 50 peratus sewa premis niaga

Perbadanan Labuan beri diskaun 50 peratus sewa premis niaga

ANIFAH Aman (enam dari kiri) bersama warga Labuan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Labuan meluluskan pemberian diskaun 50 peratus kadar sewa premis niaga milik agensi tersebut selama setahun bermula 1 Januari lalu.

Menerusi kenyataan Perbadanan Labuan, pemberian diskaun itu membabitkan 178 premis niaga di aras 1 dan 2 Pasar Sentral Labuan dan kawasan sekitarnya serta melibatkan pasar khinzir, stesen bas dan teksi.

Kata kenyataan berkenaan, berita baik itu diputuskan dalam mesyuarat Perbadanan Labuan yang dipengerusikan Senator Tan Sri Anifah Aman pada hari ini.

“Ini merupakan inisiatif awal yang diberi perhatian oleh pengerusi dan anggota Perbadanan Labuan yang baru sahaja dilantik pada 19 Jun lalu.

“Perbadanan Labuan memperuntukkan sebanyak RM364,560 bagi menampung pemberian diskaun ini berkuat kuasa selama tempoh satu tahun bermula pada 1 Januari sehingga 31 Disember ini.

“Ini memberikan manfaat kepada 178 lot premis niaga dengan melibatkan 151 lot gerai di aras 1, 13 lot gerai di aras 2, 10 unit kiosk (berdekatan meja jualan produk makanan kering), tiga lot gerai di stesen bas dan teksi serta sebuah pasar khinzir,” kata kenyataan itu.

Perbadanan Labuan kemudian menjelaskan pemberian inisiatif itu sejajar sikap prihatin dan peka pihaknya terhadap keluhan para peniaga pada masa kini.

“Justeru itu pemberian diskaun ini diharapkan dapat memberikan kelegaan dalam usaha memulihkan sumber pendapatan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya