Peraturan 3R perlu dikuat kuasa kepada semua - Ahmad Samsuri - Utusan Malaysia

Peraturan 3R perlu dikuat kuasa kepada semua – Ahmad Samsuri

3R
AHMAD Samsuri Mokhtar ditemui pemberita dalam sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen Profesional 2.0 di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peraturan atau larangan menyentuh isu sensitif berkaitan bangsa, agama serta institusi raja (3R) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dikuatkuasakan terhadap semua individu dan tidak tertumpu kepada pembangkang semata-mata.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua parti politik perlu diberi peluang dan dikuatkuasakan undang-undang yang sama ketika berdepan dengan pilihan raya.

“Saya tak mahu komen tentang laporan polis yang dibuat (terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor), biarlah pihak berkuasa menjalankan urusan mereka.

“Paling penting ialah, bila kita tidak mahu mana-mana pihak bercakap tentang perkara-perkara yang sensitif, ia terpakai kepada semua, bukan sahaja pembangkang atau haluan kiri ataupun kanan. Semua sekali termasuklah pihak berkuasa.

“Jadi, kalau ia (3R) tidak diambil pengajaran oleh semua pihak, it doesn’t work well in our society, it is not a fair..fairground untuk kita berdepan pilihan raya ataupun masyarakat, jadi apa jua peraturan yang dibuat adalah terpakai kepada semua orang sepatutnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Diraja, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor serta wakil-wakil rakyat hadir ke balai polis sekitar negeri ini bagi membuat laporan terhadap kenyataan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perikatan Nasional (PN) itu yang dikatakan tidak menghormati Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Muhammad Sanusi dalam ucapannya di Selayang baru-baru ini meremehkan perlantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai ‘cokia’ (tidak berkualiti).

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas itu menyatakan permohonan maaf terhadap Sultan Sharafuddin dengan mengutus surat kepada baginda dan menyifatkan kenyataan beliau diputar belit oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu turut mengulas laporan mengenai separuh penyokong Gerakan enggan mengundi PN dalam PRN pada 12 Ogos ini.

Menurut Bendahari Agung PN itu, perkara tersebut belum diterima atau dimaklumkan oleh pimpinan Gerakan kepada gabungan dan kajian yang dilaporkan perlu menjelaskan metodologi serta responden terlibat.

“Itu satu bab yang perlu kita teliti sebab dalam mana-mana keputusan kajian pun perkara yang penting adalah metodologi dan maklumat demografi responden termasuklah soalan-soalan yang ditanya.

“Itu pun in the nutshell, the whole thing saya percaya setiap parti mempunyai penyokong masing-masing yang tegar dan tidak tegar. Masing-masing mempunyai peranan untuk semua penyokong masing-masing untuk bersama menyokong PN,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya