Perak tuntut aksi terbaik jumpa Kelantan - Utusan Malaysia

Perak tuntut aksi terbaik jumpa Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain Perak FC dituntut memberi aksi terbaik bagi mengutip mata penuh dalam perlawanan Liga Super menentang Kelantan United di Stadium Perak, malam ini.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, sudah agak lama pasukan Bos Gaurus tidak memenangi perlawanan.

“Lama sungguh rasanya kita menanti kejayaan pasukan Perak. Saya berdoa agar Perak dapat meraih tiga mata malam ini,” katanya kepada Utusan Malaysia .

Abdul Azim menjangkakan kehadiran penyokong yang ramai kerana ingin melihat aksi pemain-pemain baharu pasukan itu.

Sebelum ini, Perak mengumum pengambilan dua pemain import baharu iaitu Jesper Nyholm dan Kim Youndo untuk memperkukuhkan bentengnya.

“Mungkin pemain-pemain baharu akan diberi peluang untuk beraksi dan sudah tentu ramai penyokong mahu melihat kemampuan mereka,” katanya.

Justeru, beliau menyerahkan kepada kebijaksaan ketua jurulatih, Yusri Che Lah untuk merencanakan perancangan untuk perlawanan malam ini.

“Terpulang kepada Yusri untuk memastikan sama ada pemain-pemain impot baharu ini dapat beraksi atau tidak malam ini,” katanya.

Begitupun di atas kertas, Perak FC berhak untuk bersikap yakin kerana pasukan itu berada yang kedudukan lebih baik dalam liga.

“Perak berada di atas Kelantan, jadi saya berharap Yusri dan anak buahnya mampu mempertahan kelebihan dimiliki,” katanya.

Namun, apa yang penting Abdul Azim berkata, ialah semangat jitu pasukan, taktik dan strategi berkesan yang dilaksanakan untuk memasti kemenangan malam ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya