Perak FC lengkapkan pemain import - Utusan Malaysia

Perak FC lengkapkan pemain import

LUKA Milunovic menandatangani kontrak menyertai Perak FC sambil diperhatikan Abdul Azim Mohd Zabidi. - UTUSAN/PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC melengkapkan kouta pemain import bagi menghadapi baki saingan Liga Super 2023 apabila mengambil seorang lagi pemain.

Pemain itu ialah Luka Milunovic yang pernah menyarung jersi pasukan Sabah dan Melaka.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi mengesahkan pengambilan penyerang Serbia berusia 30 tahun itu.

“Milunovic sudah sah menjadi milik Perak FC. Saya berharap pengambilannya berbaloi dan dia dapat mengatasi ketumpulan jentera serangan Perak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Milunovic adalah pemain import ketiga diambil Perak sejak tingkap perpindahan kedua dibuka 5 Julai lalu.

Dua lagi ialah pemain Korea, Kim Youngdo dan Jesper Nyholm dari Filipina.

Nyhom berada dalam kesebelasan permulaan ketika menentang kelantan United FC (KUFC) di Ipoh, Jumaat lalu

Dengan ini bererti bererti Bos Gaurus memilik enam tenaga import termasuk Luciano Goaycochea, Sunday Afolabi serta Seo Seonung.

Seonung bagaimanapun baru pulih dari mengalami kecederaan.

“Dia sudah pulih dan kini mampu beraksi dalam perlawanan menentang Kuching City FC.

“Apapun terpulang kepada Yusri (Che Lah) sama ada menurunkan pemain itu” kata Abdul Azim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya