Perak FC harap dapat pengadil bermutu - Utusan Malaysia

Perak FC harap dapat pengadil bermutu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC berharap pengadil bermutu ditugaskan dalam perlawanan Liga Super menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching malam ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, elemen itu penting bagi memastikan tiada pasukan menjadi mangsa mutu pengadilan lemah.

“Ini harapan saya agar pengadil berwibawa ditugaskan dalam semua perlawanan terutama membabitkan kami.

“Perak FC juga pernah menjadi mangsa keputusan silap pengadil dan terpaksa menanggung akibat,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Azim berharap percaturan mantap oleh ketua jurulatih, Yusri Che Lah bagi memastikan Perak FC berada pada tahap terbaik.

“Saya berharap Yusri menurunkan barisan terbaik dan terkuat kerana kini memiliki pemain baharu termasuk tiga import.

“Lebih penting pemain perlu mempamer permainan dan kesungguhan tinggi,” katanya.

Beliau yakin Perak FC berupaya mencapai impian mengutip mata dalam perlawanan ini berdasarkan persembahan ketika bertemu Kelantan United FC di Ipoh, 8 Julai lalu.

“Bagaimanapun saya berharap pemain tidak bersikap terlalu yakin dan memandang rendah pasukan lawan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya