Penyanyi perlu ada IP, 12 lagu hit untuk laku sepanjang zaman - Utusan Malaysia

Penyanyi perlu ada IP, 12 lagu hit untuk laku sepanjang zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS menggesa penyanyi baharu untuk mencari harta intelek (IP) iaitu hak eksklusif yang boleh membezakannya dengan lambakan penyanyi lain.

Jelas Ramli, harta intelek yang dimaksudkan ialah kemanisan, kemerduan bunyi dalam suara dan lagu yang dipersembahkan seseorang artis.

“Harta intelek (IP) adalah sesuatu yang perlu ada dalam diri seorang penyanyi, ia seperti trademark.

“Kalau seseorang penyanyi tiru IP penyanyi lain, dia akan jadi penyanyi nombor dua. Tak ada orang nak beli penyanyi nombor dua.

“Jika IP kamu bagus, kamu berpotensi membawakan lagu hit. Antara artis dengan IP yang boleh dicontohi adalah Siti Nurhaliza dan M.Nasir,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Penyanyi dan komposer Ajai turut berkongsi pendapat yang sama.

Tambah Ramli lagi, artis dan repertoire (A&R) di dalam setiap label akan melihat keunikan dan meneliti perjalanan mereka sebelum menawarkan kontrak rakaman.

“Dengan IP atau trademark, ia akan membuatkan seseorang penyanyi diingati. Pada usia 19 tahun, saya sudah menjadi A&R di syarikat Warner Music Malaysia dan bekerja dengan ramai otai.

“Sebelum menawarkan kontrak, kita akan mendengar suara mereka dan melihat perjalanannya untuk bergelar artis.

“A&R di dalam setiap syarikat inilah yang akan menentukan kelayakan bagi mengelak mereka melaburkan wang kepada artis yang salah. Sebab itu tahun 90-an jualan album laku sedangkan tiada video klip,” tambahnya.

Kongsi Ramli lagi, modul jualan lagu pada masa kini juga sudah berubah. Artis perlu menyasarkan penghasilan album berbanding single untuk kekal bertahan dalam industri.

“Untuk bergelar artis sepanjang zaman, penyanyi perlu ada sekurang-kurangnya 12 lagu hit.

“Jadi, penyanyi perlu sasarkan penghasilan album berbanding single. Sekurang-kurangnya dalam satu album mungkin ada dua atau tiga lagu hit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya