Penyampai radio ‘sebenar’ makin pupus - Utusan Malaysia

Penyampai radio ‘sebenar’ makin pupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio, Linda Onn terbuka dan meraikan kemunculan ramai pelawak yang mendominasi bidang penyiaran radio masa kini.

Kata Linda keadaan itu tidak salah kerana ia adalah trend semasa malah diterima baik masyarakat.

“Penyampai radio sebenar makin hari makin pupus. Sekarang siapa sahaja boleh terjun ke dalam bidang ini.

“Saya dan rakan-rakan seangkatan lain adalah penyampai radio ‘sebenar’. Penyampai macam kami semakin berkurangan.

“Sekarang, golongan pelawak yang ada nama sudah boleh jadi penyampai radio kerana kebolehan mereka menceriakan suasana. Perkara itu tidak salah. Kalau ia trend dan bawa kebaikan, teruskan,” katanya.

Bagaimanapun, Linda mengingatkan penyampai radio sekarang agar sentiasa peka terhadap perkara boleh dan tidak dilakukan seorang penyampai radio.

“Kena tahu asas, jangan main hentam sahaja. Dulu, setiap penyampai radio tahu do’s and don’ts dalam dunia penyiaran radio. Tapi keadaan berbeza sekarang.

“Pada pengamatan saya, ada yang dulu tak boleh, sekarang dibolehkan. Keadaan sekarang lebih terbuka,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya