Penjelasan PTG Kedah isu kompaun Sanusi RM500,000

Penjelasan PTG Kedah isu kompaun Sanusi RM500,000

MD. Suhaimi Abd. Rahman (kiri) bersalaman dengan Muhammad Sanusi Md. Nor ketika menghadiri Majlis Penyerahan Geran Daerah Bandar Baharu di Dewan Seri Tasik Pekan Serdang, Bandar Baharu. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah menjelaskan kompaun yang dikeluarkan mereka dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Sik pada tahun lalu tidak menyebut nama Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai orang yang dikompaun.

Pengarah PTG Negeri, Datuk Md. Suhaimi Abd. Rahman berkata, kompaun berjumlah RM500,000 itu dikenakan terhadap Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah yang merupakan satu institusi yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat.

Katanya, arahan kompaun di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara itu dikeluarkan oleh Ketua Pendakwaan Negeri Kedah mengikut perundangan.

“Ketua pendakwaan minit kepada saya sila buat kompaun RM500,000 dan ketua pendakwaan pun tidak tulis sila dakwa Sanusi. Tak ada, bila tak ada jangan duk cerita kata ada. MBI adalah perbadanan, jadi siapa jadi Menteri Besar kena ‘pegang lah tali itu’ (tanggungjawab).

“Apa yang berlaku pada 2020 proses (kejadian) itu berlaku dan tangkapan dibuat, jadi kita tak boleh mengkhususkan bahawa kenyataan PTG denda Menteri Besar, boh (letak) nama Sanusi pula tu, tak boleh begitu.

“(Apabila) tangkapan dibuat kenapa kita gunakan Seksyen 426. Ia kerana berlaku tangkapan di luar kawasan tersebut dan kita dapat kuasa untuk kompaun selepas mendapat restu daripada Ketua Pendakwaan Negeri Kedah,” katanya.

Semalam, Menteri Besar menyatakan beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menuduh beliau dikompaun RM500,000 kerana mencuri REE.

Md. Suhaimi berkata, beliau bukan mahu membela Muhammad Sanusi, namun hanya melaksanakan tugasnya untuk menjelaskan perkara sebetulnya setelah nama PTG Kedah diheret dalam isu terbabit.

“Sebagai Pengarah PTG saya tak mau campur adukkan diri saya dengan politik walaupun bidang pengajian saya adalah politik, tetapi saya adalah penjawat awam yang mentaati dasar-dasar Rukun Negara, undang-undang dan peraturan.

“Kita tak boleh dapatkan kemenangan dengan jalan-jalan yang kotor kerana jalan-jalan yang kotor tak akan hasilkan sesuatu yang putih. Dalam suasana ‘peperangan’ ini seboleh mungkin kita elaklah buat tohmahan yang tak berasas,” katanya.

Tambah beliau, dalam hal kompaun terhadap MBI Kedah itu juga, Muhammad Sanusi mempunyai kuasa untuk mengecualikan bayaran tersebut dengan membawa ke Mesyuarat Exco, namun ia tidak dilakukan oleh Menteri Besar itu.

Katanya, Muhammad Sanusi sebaliknya bersetuju agar kompaun berjumlah RM500,000 itu dikenakan terhadap MBI selain satu lagi kompaun terhadap individu yang terlibat dalam kecurian REE berkenaan.

“Adakah orang mencuri setuju untuk dia didenda, kalau ada mungkin pencuri itu gila babi atau wayar putus. Menteri Besar nak campur tangan masa itu boleh, ada kuasa tapi dia tak pernah buat macam itu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya