Penentuan OPR atas pelbagai faktor - Utusan Malaysia

Penentuan OPR atas pelbagai faktor

OPR
AHMAD Maslan berucap pada majlis pemeteraian kerjasama tiga syarikat bagi aplikasi Lulus, CTOS dan CelcomDigi, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil kira pelbagai faktor sebelum menurunkan atau menaikkan Kadar Dasar Semalam (OPR) dan bukannya menaikkan kadar itu secara melulu.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara faktor yang diambil Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bank itu adalah melihat kadar inflasi dicatatkan di negara ini dalam tempoh tertentu.

“Kalau kita lihat sejarah, kadar OPR paling tinggi yang pernah dicatatkan negara ini adalah 3.25 peratus manakala paling rendah adalah 1.75 peratus iaitu ketika pandemik Covid-19.

“BNM tetapkan kadar OPR pada 3 peratus ketika ini setelah melihat keadaan ekonomi negara pada masa kini, yang disifatkan semakin baik,” katanya selepas menghadiri majlis tandatangan kerjasama di antara pengendali aplikasi Lulus, CTOS dan CelcomDigi, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan saranan beberapa pakar ekonomi supaya Bank Negara tidak menaikkan lagi OPR pada tahun ini.

Ini disebabkan faktor kadar inflasi negara ini berada di julat yang sesuai, iaitu 2.4 peratus yang juga merupakan kadar yang terendah dalam tempoh enam bulan lalu.

Dalam pada itu, Ahmad mahu rakyat menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna supaya dapat mempengaruhi kadar inflasi.

“Contoh, kalau hendak beli roti, beli jenama yang menawarkan harga berpatutan. Bila pengguna beli harga barang yang murah, ini akan memberikan tekanan kepada pengeluar untuk mengurangkan harga produk yang dikeluarkan mereka.

“Ini adalah asas ekonomi, iaitu harga sesuatu barang dipengaruhi dengan kadar permintaan terhadapnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya