Penduduk ‘mandi peluh’ urus korban lembu sado - Utusan Malaysia

Penduduk ‘mandi peluh’ urus korban lembu sado

MOHD. Khairul Hazwan menjinakkan lembu sado sebelum disembelih di Kampung Beris, Pauh Sembilan, Bachok. - MINGGUAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kira-kira 30 penduduk di Kampung Beris, Pauh Sembilan di sini, bermandi peluh menumbangkan seekor lembu ‘sado’ seberat 1,000 kilogram (kg) yang berharga RM25,000 untuk tujuan ibadah korban semalam.

Bercakap kepada Ming­guan Malaysia, pemilik haiwan berkenaan, Mohd. Khairul Hazwan Hashim, 30, berkata, lembu baka Limousine yang diberi gelaran ‘Vithai’ dipeliharanya sejak tiga tahun lalu.

“Saya sudah memasang impian untuk menjadikan lembu ini sebagai haiwan korban pada sambutan Aidiladha. Alhamdulillah impian itu akhirnya tercapai raya kali ini.

“Dengan bantuan ahli Koperasi Laksamana, ka­mi semua bergotong-royong menjayakan ibadah korban yang bermula seawal pukul 8.30 pagi,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd. Khairul memberitahu, kesemua da­ging lembu itu diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin dan penduduk sekitar.

“Saya ucapkan terima kasih kepada penduduk terlibat.

“Walaupun saiznya agak besar, namun kita tidak berdepan masalah kerana lembu ini jinak. Situasi itu sekali gus memudahkan kerja-kerja menyembelih,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya