Penduduk bimbang beruang matahari berkeliaran

Penduduk bimbang beruang matahari berkeliaran

GAMBAR seekor beruang yang dirakam penduduk ketika berkeliaran di Kampung Kemat, Hulu Terengganu sejak seminggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Penduduk di Kampung Kemat dekat sini diselubungi kebimbangan ekoran kehadiran seekor beruang matahari yang memasuki kawasan perkampungan sejak seminggu lalu.

Seorang penduduk, Kamaruddin Ali, 61, berkata kedatangan haiwan liar itu mula disedari seorang pengusaha kantin wanita yang dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira pukul 4 pagi pada 23 Julai lalu.

“Beruang berkenaan dilihatnya di tepi jalan utama kawasan kampung. Beberapa hari selepas itu, beberapa orang penduduk turut terserempak dengan haiwan tersebut di beberapa lokasi berdekatan.

“Petugas yang ingin memasang bendera parti sempena pilihan raya negeri (PRN) juga terserempak dengan beruang tersebut beberapa malam lepas.

“Keadaan ini menakutkan penduduk terutamanya mereka yang menunggang motosikal pulang atau pergi kerja pada waktu malam,” katanya ketika ditemui di Kampung Kemat, dekat sini, hari ini.

Tambahnya, kejadian itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) untuk diambil tindakan.

Seorang lagi penduduk, Ibrahim Muda, 71, berkata keadaan itu bukan sahaja menimbulkan kebimbangan tetapi juga mengejutkan penduduk kerana kali pertama kehadiran beruang di kawasan kampung.

“Selama lebih 40 tahun tinggal di sini ini kali pertama beruang dilihat berkeliaran di kawasan kampung. Sebelum ini hanya sekitar kebun penduduk sahaja.

“Penduduk juga mengharapkan Perhilitan dapat menangkap beruang tersebut dengan segera untuk menjamin keselamatan penduduk,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya