Pendengaran rayuan SPRM 15 Ogos

Pendengaran rayuan SPRM 15 Ogos

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh yang melarang agensi terbabit menggunakan Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) untuk mereman suspek bagi tujuan siasatan akan didengar pada 15 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili tiga daripada enam anggota polis yang ingin direman oleh SPRM sebelum ini.

Pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mohd. Khairi Haron, Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi turut hadir mewakili SPRM.

Pada 7 Julai lalu, SPRM gagal untuk menyemak keputusan Mahkamah Majistret Kuantan yang menolak permohonannya mendapatkan perintah reman terhadap seorang Ketua Polis Daerah (KPD) bagi membantu siasatan dakwaan rasuah lebih RM1 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zainal Azman Ab. Aziz yang menolak permohonan semakan SPRM itu berkata, tiada keperluan untuknya mengganggu keputusan tersebut kerana Majistret tidak terkhilaf, membuat keputusan yang betul dan wajar.

Beliau berkata, keputusan Majistret yang bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh yang memutuskan bahawa Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) tidak terpakai untuk permohonan reman bagi kesalahan yang disiasat di bawah Akta SPRM 2009 juga adalah betul kerana ia merupakan ‘keputusan terkini’.

Keputusan itu dibuat berhubung permohonan semakan SPRM terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kuantan yang menolak permohonan agensi itu untuk menahan reman Ketua Polis Daerah di negeri itu berhubung siasatan membabitkan kes rasuah berjumlah lebih RM1 juta.

Suapan itu didakwa diterima secara bulanan antara RM20,000 hingga RM50,000 daripada pengusaha pusat hiburan dan pusat refleksologi dalam daerah dia bertugas sebagai balasan untuk melindungi kegiatan perniagaan mereka daripada gangguan pihak polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya