Pemimpin Hong Kong, John Lee adakan lawatan ke Malaysia

Pemimpin Hong Kong, John Lee adakan lawatan ke Malaysia

JOHN LEE KA-CHIU - FOTO BLOOMBERG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee Ka-Chiu mengadakan lawatan ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, lawatan ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia selepas menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif kelima pada tahun lalu.

Katanya, delegasi ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan HKSAR, wakil-wakil daripada pelbagai sektor, termasuk perindustrian dan komersial, perdagangan, inovasi dan teknologi serta pengangkutan dan logistik.

“Semasa lawatan tersebut, John Lee dijadual untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kedua-dua pihak dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa kerjasama dua hala dan langkah-langkah ke hadapan, terutamanya dalam bidang perdagangan dan ekonomi, inovasi dan teknologi, dan pertukaran rakyat ke rakyat,” katanya hari ini.

John Lee turut dijadualkan menghadiri forum perniagaan Malaysia-Hong Kong dan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) antara entiti perniagaan kedua-dua pihak.

Hong Kong antara rakan dagang utama Malaysia dan merupakan rakan dagangan kesembilan terbesar Malaysia pada tahun lalu dengan jumlah dagangan antara bernilai RM113.20 bilion (AS$25.69 bilion), peningkatan sebanyak 20.0 peratus dari tahun 2021.

Lebihan dagangan berpihak kepada Malaysia dengan nilai RM78 bilion (AS$17.66 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya