Pemegang rekod MBOR hilang penglihatan - Utusan Malaysia

Pemegang rekod MBOR hilang penglihatan

MAS Imran Adam (dua kanan) menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada L. Rajagopal Kawander di kediamannya di Taman Berlian, Ulu Tiram, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang peme­gang dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR) hilang deria penglihatan dan mengalami masalah kegagalan buah pinggang sejak lima tahun lalu setelah menghidap diabetes.

L. Rajagopal Kawander, 69, berkata, akibat musibah itu, dia tidak dapat meneruskan minat untuk melakar lebih banyak rekod pencapaian peribadi.

Katanya, sehingga kini dia masih pemilik rekod MBOR bagi memandu ken­deraan secara mengundur sejauh 88 kilome­ter (km) pada 2008 dan 2,010km pada 2010.

“Saya cipta rekod itu selepas sedar mempunyai kebolehan memandu kenderaan secara mengundur ketika membantu rakan mengalami kerosakan kereta di Pagoh sebelum ini.

“Saya merancang untuk cipta rekod baharu dengan memandu secara mengundur ke seluruh Semenanjung pada 2018.

“Tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana faktor kesihatan. Saya hilang penglihatan dan buah pinggang gagal berfungsi akibat diabetes,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman di Taman Berlian, Ulu Tiram di sini.

Jelasnya, dia dan isteri, K Malliga, 67, kini bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM800 sebulan.

Sementara itu, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam berkata, pihaknya menyumbang peralatan elektrik serta barangan dapur bernilai RM1,000.

“Semangat beliau cipta rekod sepatutnya menjadi inspirasi golongan muda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya