Pemegang kad UNHCR ditahan belasah isteri

Pemegang kad UNHCR ditahan belasah isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) ditahan selepas disyaki memukul isterinya dalam kejadian di Jalan Tasik Tambahan, Ampang di sini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang, Khamis lalu apabila mangsa berusia 36 tahun yang juga pemegang kad UNHCR dicekik, ditumbuk kepala dan badan sehingga cedera di pipi, tangan serta leher.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian berlaku apabila mangsa ketika itu berada di rumah telah bergaduh dengan suaminya kerana suspek tidak memberitahu apa-apa serta menyusahkan pengadu.

Katanya, pekerja suspek telah memberitahu lelaki itu mengarahkan pengadu membawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana gatal tangan.

“Setelah selesai rawatan wanita menyedari tidak membawa telefon bimbit sebelum terpaksa meninggalkan anak-anak di klinik tersebut untuk mengambil duit di rumah.

“Ketika di rumah, mangsa bertanyakan mengenai hal tersebut kepada suspek namun suaminya memarahi, mencekik leher, menumbuk kepala dan badan pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan itu pihak polis menahan suami mangsa iaitu warga Myanmar berusia 41 tahun pada Jumaat lalu.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala ujian air kencing adalah negatif dadah.

“Punca kejadian disebabkan selisih faham berkaitan bawa anak ke klinik sehingga menyebabkan suspek tidak berpuas hati ke atas sikap mangsa,” katanya.

Tambahnya, suspek dibawa ke Mahkamah Ampang pagi ini bagi reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 atas kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan dan keganasan rumah tangga,” ujarnya.

Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pasangan dalam rumah tangga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya