PETALING JAYA: Pemansuhan Akta Hukuman Mati Mandatori 2023 berkuat kuasa esok.
Berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan hari ini, akta itu berkuat kuasa pada 4 Julai 2023.
Sebelum ini pada April lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan rang undang-undang memansuhkan hukuman mati mandatori melalui undian suara.
Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, dibentangkan bagi bacaan kedua dan ketiga dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh iaitu mencadangkan hakim diberikan kuasa budi bicara dalam menjatuhi hukuman.
Rang undang-undang itu juga mencadangkan membenarkan hakim membuat pilihan mengenakan hukuman penjara sehingga 40 tahun menggantikan hukuman mati mandatori.
Langkah itu menyaksikan memansuhkan hukuman mati mandatori kepada hukuman alternatif memandangkan hukuman mati tidak dapat ditarik balik. – UTUSAN