Pemancing jumpa mayat lelaki terjun Sungai Endau

Pemancing jumpa mayat lelaki terjun Sungai Endau

MAYAT lelaki murung yang hilang selepas terjun Sungai Endau kelmarin ditemukan pemancing di kawasan jeti LKIM Endau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Mayat lelaki murung yang hilang selepas terjun Sungai Endau kelmarin ditemukan pemancing di kawasan jeti Lembangan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau, di sini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd. Alias Hussin berkata, mangsa dikenali sebagai Liew Yook Min, 50 ditemukan pada pukul 12.44 pagi hari ini.

Katanya, mangsa ditemukan pada jarak 100 meter dari lokasi lelaki berkenaan dilihat terjun dari jambatan di sungai tersebut.

“Mangsa telah ditemukan orang awam yang sedang memancing. Susulan itu pasukan operasi bertindak menaikkan mangsa dan kemudian menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan selama tiga hari itu ditamatkan pada pukul 1.35 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu media melaporkan mangsa dikhuatiri hilang selepas terjun ke dalam Sungai Endau kira-kira pukul 1.55 petang kelmarin.

Difahamkan mangsa sebelum itu makan di sebuah kedai makan dan kelihatan dalam keadaan murung sebelum terjun jambatan.

Ekoran itu operasi SAR digerakkan melibatkan anggota dari BBP Endau dan lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Mersing dan Skudai serta kerjasama agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga polis marin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN