Pemain Korea import baharu Perak FC - Utusan Malaysia

Pemain Korea import baharu Perak FC

KIM YOUNG DO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC mengesahkan pengambilan pemain Korea, Kim Young Do sebagai pemain import baharunya bagi memperkukuhkan pasukan itu dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Pengesahan itu dibuat oleh Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi hari ini.

“Youn Do sudah memeterai kontrak dengan kita, ” katanya.

Pengambilan pemain berusia 20 tahun itu bertujuan memantapkan benteng Seladang yang rapuh ketika ini.

“Semoga dia menjadi jawapan kepada kelemahan benteng kami,” kata Abdul Azim.

Selain Youn Do, seorang lagi pemain import juga tiba hari ini tetapi  Abdul Azim merahsiakan identiti pemain tersebut.

“Ini belum boleh dedah identiti sehingga selesaikan urusan pengambilannya,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Azim mengesahkan pengambilan pemain pasukan kebangsaan Filipina, Jesper Nyholm.

Jesper, 29, adalah pemain kelahiran Sweden dan bermain di posisi bek tengah.

Pasukan terakhir yang diwakili pemain yang mempunyai ketinggian 1.84m itu ialah Kelab Thailand, Muang Thong FC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya