TERUS-TERANG, sebenarnya dah lama Cik Bunga hairan dengan pelawak dan pelakon ini.
Kalau diikutkan, ramai kalangan rakan artis pun pelik dengan sikapnya yang seakan-akan melarikan diri daripada ramai orang.
Sahabat baiknya yang juga seorang pelakon dan ‘taukey’ acara-acara jualan mega negara pun pernah suarakan perkara sama, mengapa dia selalu sangat hilangkan diri sampai sukar dihubungi.
Bukan apa, sebelum ini si pelawak ini pun kata dia susah nak dapat job, tak ada pendapatan sebab jarang berlakon sampaikan pernah dia tebal muka minta sumbangan dengan kawan-kawan artis.
Tapi bila orang hubungi pun susah, macam manalah nak dapat job betul tak? Tup tup, sekarang baru Cik Bunga dapat jawapan. Oh… rupa-rupanya dia dah lama lari pindah negeri lain, tak duduk di KL sebab ikut pengkid.
Paling meluat tu, sekarang tak segan silu tunjuk pada khalayak yang dia itu kini lesbian. Si pengkid itu pun panggil dia wife selain sayang.
Itu yang Cik Bunga kata tu, dah ‘bersuamikan’ pengkid pula ke sekarang? Mengucap panjang juga kita sebab dia pun bukan orang tak tahu, ada anak-anak yang sedang membesar.
Tahulah dah menjanda, tapi tak akanlah kerana kecewa dengan perkahwinan lalu maka pilih jalan songsang begitu?
Persoalan Cik Bunga, dalam pada semberono mengutamakan nafsu, apa pula contoh yang sedang dipertontonkan kepada anak-anak di depan mata? Inilah yang paling menyedihkan.
Cik Bunga harap artis wanita ini segeralah mengetuk pintu taubat. Nak berkawan tak salah, tetapi kalau dah melibatkan perasaan dan lagak pula bagai suami isteri, apa nak jadi?
Umur pun bukan muda… bak kata orang, dah hampir bau bau tanah ini, eloklah segera betulkan apa yang khilaf. Cik Bunga doakan juga.