‘Paus’ Beluga singgah di Langkawi

‘Paus’ Beluga singgah di Langkawi

PESAWAT Airbus Beluga A300-600ST mendarat di LTAL untuk mengisi bahan api sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya di Padang Matsirat di Langkawi. GAMBAR IHSAN/ MUZANI MD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pesawat kargo bersaiz ‘gergasi’, Airbus Beluga (A300-600ST) melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), di sini pada pukul 3.49 petang tadi.

Mengikut data dipaparkan pada laman web Flightradar24, Beluga siri ketiga itu dilaporkan singgah di LTAL setelah memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India pada pukul 9.49 pagi waktu tempatan.

Difahamkan, ini kali pertama pesawat keluaran Airbus yang mempunyai reka bentuk seperti ikan paus beluga itu mendarat di Langkawi untuk mengisi bahan api sebelum menyambung penerbangan ke destinasi seterusnya.

Beluga A300-600ST yang memiliki panjang 56.15 meter dan setinggi 17.24 meter merupakan pesawat pengangkut yang berupaya membawa sebuah helikopter selain sering membawa alat ganti pesawat ke seluruh dunia.

Kehadiran pesawat tersebut ke Langkawi menarik perhatian orang ramai terutama penduduk pulau pelancongan itu yang memenuhi sepanjang pagar di tepi landasan LTAL untuk melihat dengan lebih dekat.

Beluga yang dikendalikan oleh Airbus Transport International (ATI) berpengkalan di Toulouse, Perancis memulakan perjalanan dari Lapangan Terbang Francazal pada 20 Julai lalu ke Lapangan Terbang Marseille.

Dua hari kemudian pesawat itu berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos di Athens, Greece sebelum menyambung penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sharm el-Sheikh di Mesir diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Pada Ahad lalu, Beluga diterbangkan pula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ahmedabad dan Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai di India sebelum singgah di LTAL, hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya