Pastikan tanah untuk bina masjid bukan di cerun, lembah

Pastikan tanah untuk masjid bukan di cerun, lembah

AMINUDDIN Harun (kiri) menanam pokok sebagai simbolik mula kerja pembinaan masjid pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Baharu Taman Bukit Kepayang di Seremban. – UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan negeri akan memastikan tanah yang diperuntukkan bagi pembinaan masjid di negeri ini pada masa hadapan tidak terletak di kawasan cerun atau lembah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia bagi mengelakkan kos tambahan perlu dikeluarkan bagi melaksanakan kerja meratakan tanah.

Katanya, kerja-kerja menambak tanah juga menyebabkan pembinaan masjid baharu memakan masa yang lebih panjang berbanding jadual asal.

“Sebagai contoh projek membina masjid baharu di Taman Bukit Kepayang di sini telah pun diluluskan sejak 2018 tetapi hanya hari ini kerja pembinaan dapat dimulakan.

“Kira-kira RM1.9 juta telah dibelanjakan untuk menambak tanah manakala kerja pembinaan menelan kos lebih RM3.66 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Aminuddin memberitahu, permohonan bagi membina masjid baharu di Taman Bukit Kepayang itu telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Surau At-Taqwa di kawasan perumahan itu sejak tahun 2010.

“Susulan itu, mengambil kira masjid berhampiran iaitu Masjid Hussain, Seremban 2 dan Masjid Taman Bukit Chedang, tidak dapat menampung jemaah sedia ada, maka pembinaan masjid ini dilihat mampu mengimbangi keperluan mendesak masyarakat di kawasan Seremban 2,” ujarnya.

Jelasnya, pembinaan itu melibatkan bangunan masjid berkeluasan 415 meter persegi merangkumi dewan solat utama yang boleh menampung dengan selesa kira-kira 360 orang jemaah dalam satu-satu masa. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya