Pasangan suami isteri direman tiga hari bantu siasatan salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri direman tiga hari bantu siasatan salah guna kuasa

PASANGAN suami isteri yang ditahan reman bagi membantu siasatan salah guna kuasa mendapatkan perolehan kerja dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan salah guna kuasa mendapatkan perolehan kerja sejak empat tahun lalu.

Suspek yang juga penjawat awam disyaki mengesyorkan syarikat ibubapanya yang diurus isterinya bagi mendapat perolehan kerja mencecah ratusan ribu ringgit di sebuah jabatan kerajaan di Terengganu.

Perintah reman sehingga Rabu itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Siasatan kes tersebut akan dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek pertama berusia lewat 30-an itu ditahan pada pukul 6 petang semalam selepas isterinya berumur 40-an ditahan lebih awal ketika memberi keterangan di pejabat SPRM negeri di sini, pukul 3.30 petang.

Turut dirampas SPRM adalah beberapa kenderaan mewah milik pasangan itu dianggarkan bernilai lebih RM100,000 yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya