Pas umum senarai calon PRN, PRK 27 Julai  - Utusan Malaysia

Pas umum senarai calon PRN, PRK 27 Julai 

WAN Sukairi Wan Abdullah (tiga dari kanan) menunjukkan beras jenama Ganu di Pasar Raya Ameen Hallmart di Kampung Losong, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Pas Terengganu dijangka mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu di Rusila, Marang pada 27 Julai depan.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, senarai calon tersebut akan diumumkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Pas akan isytihar semua nama calon parti dan jumlah kerusi yang akan Pas sertai dalam PRN kali ini pada majlis pengumuman itu nanti.

“Insya-Allah, calon yang akan bertanding untuk mewakili parti dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu juga akan diumumkan dalam majlis yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian sebuah premis sebagai pengedar tunggal beras Ganu di Kampung Losong di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Sukairi berkata, Pas telah mengatur semua strategi terbaik untuk mengekalkan kemenangan di 22 kerusi sedia ada serta merampas 10 lagi kerusi yang kini dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Selain jadual kempen untuk menyantuni pengundi di setiap ceruk kampung dan bandar, penggunaan media sosial semua calon juga akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan prestasi dan aspirasi sekiranya Pas terus diberi mandat memerintah Terengganu selepas PRN ini,” katanya.

Sementara itu, difahamkan Pas dijangka bertanding di 27 kerusi DUN manakala baki lima kerusi lagi akan diwakili calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pas juga dijangka bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRK yang diadakan serentak dengan PRN pada 12 Ogos depan.

PRK Kuala Terengganu diadakan setelah  Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad yang mewakili Pas pada PRU15.

Hakim Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril berkata, pihak pempetisyen iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zubir Embong berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya