Pas gagal, Kelantan hanya sumbang 1.8 peratus pembangunan ekonomi negara - Utusan Malaysia

Pas gagal, Kelantan hanya sumbang 1.8 peratus pembangunan ekonomi negara

AHMAD ZAHID Hamidi ketika berucap pada Majlis Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera pilihan raya negeri (PRN) BN dan PH peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang malam ini. - Pic: KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KOTA BHARU: Kegagalan Kerajaan Pas mentadbir negeri ini menyaksikan Kelantan hanya menyumbang 1.8 peratus kepada pembangunan ekonomi negara.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi berkata, walaupun negeri ini mempunyai ramai golongan bijak pandai namun kelebihan itu tidak dimanfaatkan ekoran kegagalan pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan.

Menurutnya, semua golongan itu berada di luar Kelantan disebabkan tidak mempunyai peluang pekerjaan sehingga terpaksa merantau.

“Kita tidak janji bulan bintang untuk majukan Kelantan. Namun jika diberikan mandat pada pilihan raya negeri (PRN), kita akan buat yang terbaik.

“Kesian orang Kelantan. Sudah 33 tahun Pas gagal mentadbir negeri ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera pilihan raya negeri (PRN) BN dan PH peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini sebentar tadi.

Ahmad Zahid memberitahu, BN dan PH tidak menjanjikan syurga atau neraka, sebaliknya berazam majukan Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya