Pas belum muktamad calon PRK Parlimen Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Pas belum muktamad calon PRK Parlimen Kuala Terengganu

AHMAD Samsuri Mokhtar (tiga dari kiri) diberi taklimat mengenai pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Kampung Tok Muchong, Marang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG:  Pas belum memuktamadkan calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 12 Ogos depan.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  setakat ini, Pas telah mempunyai senarai calon termasuk penyandangnya, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Menurutnya, senarai calon tersebut masih dalam proses diperhalusi sebelum dipilih.

“Calon (PRK) ramai, kita masih lagi tengah perhalusi.Nama dia (Ahmad Amzad) ada dalam senarai, dalam masa sehari dua lagi kita akan buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di Kampung Tok Muchong dekat sini, hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu menambah, dalam senarai tersebut juga tidak mempunyai calon ‘import’.

“Setakat ini, tidak ada (calon import), (namun) esok lusa apa-apa boleh berlaku,’ ujarnya.

Ahmad Samsuri berkata, pihaknya akan memutamadkan calon yang akan diketengahkan dalam pilihan raya kecil itu akan dalam waktu terdekat.

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh hari ini mengumumkan PRK kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan serentak dengan PRN pada 12 Ogos ini.

Penamaan calon bagi PRK kerusi terbabit ditetapkan pada 29 Julai ini dan pengundian awal pula 8 Ogos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya