Parlimen Marang: BN fail rayuan di Mahkamah Persekutuan

Parlimen Marang: BN fail rayuan di Mahkamah Persekutuan

CALON-CALON bagi Parlimen Marang (dari kiri) Zarawi Sulong (Pejuang), Jasmira Othman (BN), Abdul Hadi Awang (PN), Azhar Abdul Shukur (PH) bergambar bersama setelah selesai urusan pencalonan sempena PRU15 pada 5 November tahun lalu di Pejabat Daerah dan Tanah Marang. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) kawasan Marang, Jasmira Othman telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak membatalkan dan menolak petisyen yang mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi parlimen itu.

Menurut laporan portal FMT, peguam Baharudeen Ariff yang mewakili Jasmira berkata, notis rayuan itu difailkan di Mahkamah Persekutuan sehari selepas Mahkamah Pilihan Raya membuat keputusan mengekalkan kemenangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Pada PRU15 lalu, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira, calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab. Shukur dan calon Pejuang, Dr. Zarawi Sulong.

Abdul Hadi memperolehi 73,115 undi, Jasmira (31,386 undi), Azhar daripada Pakatan Harapan (PH) memperolehi undi sebanyak 4,410 manakala Zarawi daripada parti Gerakan Tanah Air (GTA) sebanyak 427 undi.

Jasmira memfailkan petisyen mencabar kemenangan Abdul Hadi pada 3 Januari lalu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan Pas menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Pada 27 Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas mendapati bukti yang dikemukakan pihak pempetisyen sebelum ini gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mahkamah turut memerintahkan Jasmira membayar kos sebanyak RM50,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya