Pakai gelaran ustaz, haji belum tentu masuk syurga

Pakai gelaran ustaz, haji belum tentu masuk syurga – Adlin Aman Ramli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit, Adlin Aman Ramli tidak teragak-agak mempersoal gelaran ustaz yang digunakan segelintir pempengaruh dalam media sosial.

Dalam video tular, Adlin bertanya apakah kelayakan yang dipegang oleh seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ustaz Tido sehingga membuatkannya yakin untuk membawa gelaran tersebut.

“Zaman tradisional kita, siapa yang ajar mengaji pun sudah boleh digelar ustaz.

“Pada zaman moden, dengan wujudnya pelbagai badan dan jabatan berkaitan agama tiada siapa yang kawal selia gelaran ini.

“Jadi adakah orang yang digelar ustaz sama seperti golongan bergelar datuk?,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana filem Merewang Keluarga Pak Awang, semalam.

Menurut Adlin, pertanyaan itu juga diharap dapat menjentik sesetengah individu yang menggunakan gelaran itu di samping mempersoal apakah tujuan gelaran itu dipakai.

“Saya tanya sebab ingin tahu dan memang mahu ‘cuit’ dia (Ustaz Tido). Mengapa dan apa tujuan guna gelaran ustaz. Pakai gelaran ustaz atau haji pun belum tentu masuk syurga.

“Kalau semua ustaz yang dengar soalan itu terasa, memang mereka perlu terasa dan jawab.

“Sebenarnya saya okey sahaja dia (Ustaz Tido) nak guna gelaran ustaz sebab dia tidak poyo. Namun, apabila ada yang menegur supaya dia jaga kelakuan agar sesuai dengan imej seorang ustaz, saya rasa ada betul juga perkara itu,” tambahnya.

Namun begitu, Adlin tidaklah bermaksud menentang penggunaan gelaran ustaz. Sesiapa sahaja boleh menggunakan panggilan itu asalkan ia tidak dijadikan modal penipuan.

“Saya tiada masalah dengan Ustaz Tido dan ustaz lain. Mereka nak pakai title apa pun saya tak kisah.

“Saya tiada hal dan kalau panggilan itu beri kelebihan kepada mereka, biarlah, asalkan jangan menipu,” katanya.

Sebelum ini, Adlin menjadi perhatian apabila videonya bersama seorang pempengaruh media sosial bernama Ustaz Tido menjadi tular apabila pengarah itu mempersoalkan kelayakan jejaka itu membawa gelaran ustaz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya