Pahamin sempat capai hasrat tunai haji tujuh kali - Utusan Malaysia

Pahamin sempat capai hasrat tunai haji tujuh kali

PAHAMIN RAJAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat bekas Pengerusi AirAsia, Datuk Pahamin Rajab untuk menunaikan ibadah haji sebanyak tujuh kali sepanjang hidupnya, tertunai sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, semalam.

Berkongsikan hasrat tersebut kepada Utusan Malaysia, anak keduanya, Armin Baniaz Pahamin berkata, Allahyarham bapanya sememangnya berniat sejak muda untuk mengerjakan ibadah haji sebanyak tujuh kali sepanjang hidup.

Justeru menurutnya, panggilan mengerjakan haji yang diterima bapanya pada tahun ini amat menggembirakan.

“Beliau pohon untuk (mengerjakan) haji tahun ini tanpa harapan tinggi, jadi beliau sendiri tak tahu pun dapat pergi haji tahun ini.

“(Ketika melaksanakan haji) selesai saja wuquf, beliau mesej kami sekeluarga bersyukur hasrat dan niatnya sudah tercapai,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Armin Baniaz, sebaik sahaja tiba di tanah air pada malam Jumaat lalu, bapanya terbang pula ke London sehari kemudian untuk menghadiri majlis konvokesyen anak kepada Azhar Sulaiman.

“Beliau tak tahu pun dapat pergi mengerjakan haji tahun ini, jadi perancangan untuk ke London sudah dibuat lebih awal,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keadaan kesihatan bapanya, beliau berkata, bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu pernah mengalami serangan jantung namun sudah melalui pembedahan pintasan jantung.

“Jasad beliau kini ada di bilik mayat di Uxbridge (London). Hujung minggu di sana semua (pejabat) tutup. Esok baru boleh buat keputusan akan dihantar ke hospital mana,” katanya.

Terdahulu menantunya, Azhar Sulaiman memaklumkan bahawa Pahamin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, awal pagi ini.

Menurutnya, Pahamin, 77, pergi ke London untuk menghadiri hari graduasi anak lelakinya.

“Dukacita saya nak maklumkan bapa mentua saya Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia.

“Dia baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan dan sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya ada kat London,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya