Op Mardof: 103 nelayan ditahan di perairan negara   - Utusan Malaysia

Op Mardof: 103 nelayan ditahan di perairan negara  

HAMID Mohd. Amin (kiri) dan Wan Muhammad Aznan Abdullah (kanan) menunjukkan lokasi sektor utama Op Mardof di Pejabat Maritim Malaysia Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 103 nelayan termasuk 39 warga asing berjaya ditahan menerusi operasi bersepadu Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia (Mardof) sejak Januari sehingga 26 Jun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Hamid Mohd. Amin berkata, turut disita adalah 525 unit peralatan menangkap ikan.

Menurut beliau, hasil rampasan dalam Op Mardof itu dianggarkan bernilai lebih RM100,000 termasuk pelbagai jenis peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan.

“Operasi ini dilaksanakan di Selat Melaka, Laut China Selatan serta berdekatan perairan Laut Sulu yang meliputi lima sektor utama kawasan perairan seluruh negara.

“Dalam tempoh itu, pihak berkuasa telah melakukan 1,907 pemeriksaan di darat dan laut dengan 36 buah bot ditahan kerana melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985.

“Kesemua bot itu bagaimanapun dilepaskan selepas membuat bayaran kompaun,” katanya dalam sidang akhbar Op Mardof  di Pejabat Maritim Malaysia Terengganu di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah, berkata, operasi itu membantu pihaknya mengawal kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau menjelaskan, antara kesalahan utama yang dikesan pihak berkuasa melibatkan komuniti nelayan adalah aktiviti pencerobohan dan pelanggaran syarat lesen.

“Jabatan Perikanan sentiasa komited melaksanakan operasi seumpama ini bersama agensi kerajaan lain bagi menjaga keselamatan dan kelestarian sumber laut negara.

“Op Merdof dibuat empat fasa dengan penglibatan komuniti maritim di seluruh negara selain melakukan operasi di tengah laut dan pemeriksaan di jeti,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya