Nombor plat khas untuk kenderaan EV

Nombor plat khas untuk kenderaan EV

ANTHONY Loke Siew Fook pada Majlis Pelancaran Pusat Khidmat 4S GWM di Seremban< Negeri Sembilan, hari ini. - UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan nombor plat khas untuk kenderaan elektrik (EV) bertujuan membezakannya dengan kenderaan biasa.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenderaan elektrik dengan nombor plat berbeza itu penting kerana EV mesti dikenal pasti berbanding kenderaan-kenderaan lain.

“Daripada aspek keselamatan, sekiranya berlaku kemalangan cara pengendalian kereta tersebut berbeza daripada kenderaan lain. Umpamanya jika berlaku kebakaran, ia tidak boleh sembur air sahaja. Pasukan bomba ada prosedur operasi standard mereka sendiri.

“Dari luar sahaja sukar untuk membezakan. Kita nak perkenalkan nombor plat ini supaya ia dapat dibezakan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pusat Khidmat 4S GWM di sini hari ini.

Siew Fook dalam pada itu berkata, kementerian juga akan mengkaji semula struktur pencukaian untuk kenderaan EV.

“Pada ketika ini mengikut kaedah Akta Jabatan Pengangkutan Jalan, memang ada formula perkiraan untuk EV yang menggunakan pengkiraan mengikut watt. Dari segi perkiraan itu untuk EV pada ketika ini memang lebih mahal daripada kereta-kereta biasa yang menggunakan cc (kapasiti enjin),” katanya.

Ujarnya, keputusan pihaknya adalah untuk mengkaji semula  kadar itu agar menjadi lebih murah berbanding dengan kereta-kereta biasa. 

“Itu cadangan kami untuk menggalakkan penggunaan EV. Walaupun pada ketika ini cukai jalan tidak pun dikenakan (cukai jalan dikecualikan sehingga 2025),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya