Nilai import makanan negara mencecah RM75.5 bilion setahun

Nilai import makanan negara mencecah RM75.5 bilion setahun

AHMAD Zahid Hamidi dan Mohamad Sabu menyaksikan MoU antara KEJORA dan MARDI pada Majlis Menandatangani MoU di antara dua agensi itu di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Permintaan tinggi terhadap sektor makanan ketika ini mendorong kerajaan untuk mengimport makanan mencecah nilai RM75.5 bilion tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, nilai itu meningkat berbanding RM63.6 bilion pada 2021 dan setakat Januari hingga April tahun ini, nilai import makanan mencecah RM25.4 bilion.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, selain permintaan makanan yang tinggi dalam kalangan pengguna, faktor tukaran mata wang asing juga menyebabkan nilai import makanan meningkat.

“Jika nilai import itu dapat diselamatkan dengan mengeluarkan lebih banyak produk makanan tempatan, ia dilihat mampu menggalakkan sektor ekonomi domestik,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), di sini hari ini.

Katanya, agensi-agensi pembangunan wilayah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi membantu negara mengurangkan kebergantungan import makanan.

Ahmad Zahid berkata, kerjasama itu perlu dilakukan secara proaktif dan holistik di mana KKDW dan KPKM bertindak sebagai peneraju dan penyelaras.

Menurutnya, kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan pula dinasihatkan tidak bertindak secara solo sebaliknya bergerak sebagai sebuah entiti besar dalam soal keterjaminan makanan negara.

Mengulas mengenai MoU hari ini, Ahmad Zahid berkata, ia adalah langkah permulaan antara MARDI dan agensi-agensi pembangunan wilayah di bawah KKDW bagi membantu KPKM meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.

“Ini bukan hanya membantu KPKM ia juga membantu negara dan tentunya produk-produk penghasilan daripada penyelidikan MARDI akan digunakan sebagai satu produk bermanfaat.

“Kita juga berterima kasih kerana produk-produk yang akan dihasilkan ini adalah produk-produk pertanian yang berteknologi tinggi,” katanya.

Katanya, MoU itu merangkumi kerjasama dalam melaksana aktiviti pemindahan teknologi, pengetahuan dan khidmat nasihat teknikal yang dihasilkan daripada penyelidikan yang dijalankan oleh pihak MARDI kepada agen pengembangan dan usahawan di Wilayah Johor Tenggara.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah berbincang dengan Kekoii I’ll dan mencadangkan untuk membangunkan sebuah ladang tanaman kelapa secara komersil beserta kilang pemprosesan santan.

“KEJORA menjangkakan, purata pengeluaran hasil bagi buah kelapa tersebut dijangka kira-kira 600 metrik tan setahun.

“Projek itu dijangka memberi impak secara langsung kepada 110 orang kepada penduduk Wilayah Kejora yang terdiri daripada kakitangan pengurusan dan operasi kilang pemprosesan santan serta buruh ladang yang akan diuruskan oleh anak syarikat KEJORA, iaitu KEJORA Agro Sdn Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya