NGO gesa SKMM siasat fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah

NGO gesa SKMM siasat fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah

ZULKARNAIN Mahdar (tengah) menunjukkan laporan yang dibuat berhubung fitnah ke atas Ketua Menteri Sabah di SKMM, Cyberjaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat hantaran berbentuk fitnah di media sosial yang dibuat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, hantaran tersebut dipercayai dimuat naik ke media sosial oleh ahli dah penyokong sebuah parti.

“Kita ingin maklumkan Hajiji telah menjadi mangsa fitnah melalui sebaran di media sosial.

“Hasil pemantauan kami hampir ke semua penyebar fitnah adalah ahli-ahli dan penyokong sebuah parti di Sabah,” kata kepada pemberita selepas membuat laporan di SKMM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut menujukkan beberapa salinan keratan fitnah yang didakwa dibuat ke atas Hajiji di media sosial.

Jelasnya, kenyataan itu antaranya seperti ‘Hajiji sanggup menangis, ketika merasmikan bangunan Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)’ pada 25 Jun lalu selain mengaibkan Hajiji dengan gelaran seperti munafik.

Katanya lagi, satu laporan polis juga dibuat di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Jun lalu.

“Oleh itu, saya menggesa polis dan Jabatan Peguam Negara segera mendakwa individu yang menyebarkan fitnah, mengaibkan dan menghasut di mahkamah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya