Nekad bunuh diri selepas khuatir duit untuk keluarga hilang - Utusan Malaysia

Nekad bunuh diri selepas khuatir duit untuk keluarga hilang

Bunuh diri
SEORANG wanita berdiri dekat atas bumbung tingkat dua sebuah rumah di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang wanita warga Indonesia dipercayai panik dan nekad hendak membunuh diri selepas mendakwa khuatir duit yang dikirimkan kepada keluarga melalui individu hilang.

Wanita tersebut ketika ditemui pasukan keselamatan, sedang berada atas bumbung sebuah rumah dekat Taman Yayasan, Kuala Selangor di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, bagaimanapun, kes berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan.

“Namun siasatan awal, mangsa ada membuat penghantaran wang kepada seseorang di kampung halamannya. Tetapi, dia tidak menerima sebarang khabar, sama ada individu itu sudah menerima wang tersebut atau tidak,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dihantar melalui individu tersebut tidak dimaklumkan.

Jelasnya, pembantu rumah berumur 30-an itu cuba membunuh diri dengan terjun daripada tingkat dua rumah berkenaan.

“Bomba menerima panggilan daripada orang awam berkenaan kejadian berkenaan kira-kira pukul 9.52 pagi. Tujuh anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor tiba di lokasi kejadian pukul 9.53,” ujarnya.

Namun, selepas dipujuk pasukan bomba dan polis polis selama lima minit, wanita tersebut akhirnya membatalkan hasrat tersebut dan kembali masuk ke dalam rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya