Neelofa namakan anak kedua Abdullah Abbas - Utusan Malaysia

Neelofa namakan anak kedua Abdullah Abbas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa dan suami yang juga pendakwah bebas, Haris Ismail menamakan cahaya mata kedua mereka Abdullah Abbas.

Perkara itu dikongsi Neelofa menerusi Instagramnya, hari ini.

“Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas Merujuk hadith yang menyatakan berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman (HR. Bukhari)

“Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah” Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya

“Jadi harapan umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” tulisnya.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor melahirkan Abdullah pada 11 Julai lepas di sebuah pusat perubatan di ibu kota, di sini.

Bekas hos program Meletop itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki termasuk Muhammad Bilal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya