Naik taraf Pantai Morib, Kelanang undang pelaburan berbilion ringgit - Utusan Malaysia

Naik taraf Pantai Morib, Kelanang undang pelaburan berbilion ringgit

Morib
HASNUL Baharudin bergambar bersama pengunjung Pantai Morib, Banting di Kuala Langat, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pantai Morib dan Kelanang bakal jalani pemuliharaan dan pembangunan yang bakal menelan belanja sehingga RM45 juta sebagai usaha menaik taraf lokasi berkenaan supaya dapat menarik lebih ramai pelancong ke situ.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib dari Pakatan Harapan (PH), Hasnul Baharudin berkata, projek di kedua-dua pantai berkenaan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“Dakwaan parti lawan tiada pembangunan dilakukan pihaknya di Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak benar sama sekali. Projek pemuliharaan Pantai Morib bernilai RM45 juta sebagai contoh akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“Apabila projek pemuliharaan itu siap pantai tersebut akan mempunyai kawasan berpasir yang mana pada masa ini pantai tersebut tidak mempunyai kawasan sedemikian,”katanya ketika ditemui meninjau kawasan peranginan tersebut.

Beliau menambah, Projek ‘Kelanang Harbour & Aquatic Township Centre’ juga sudah dirangka dan dicadangkan kepada pemain industri yang bakal membawa pelaburan sehingga berbilion ringgit.

“Projek tersebut bukan projek jangka pendek tetapi memerlukan perancangan jangka panjang untuk menjadi kenyataan.

“Projek tersebut melibatkan pembinaan projek padang golf, perumahan mewah, taman tema air, pelabuhan kapal mewah,” jelasnya.

Mengulas lanjut Hasnul  berkata, projek tersebut membuktikan tuduhan parti lawan beliau seorang wakil rakyat yang tidak mempunyai idea untuk memajukan DUN Morib hanyalah dakwaan tidak berasas sama sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya