PETALING JAYA : Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) akan didakwa berhubung kenyataan mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Beliau sebelum itu ditahan oleh ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman 2.30 pagi di Dutamas, di sini hari ini.
POlis telah pun membuat kawalan di mahkamah di Selayang pagi ini. –UTUSAN