MOSTI lancar sistem e-tiket Pusat Sains Negara

MOSTI lancar sistem e-tiket Pusat Sains Negara

Mpsti
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang telah melancarkan perkhidmatan pembelian tiket dalam talian atau e-Ticketing Pusat Sains Negara (PSN) bertempat di Pusat Sains Negara.

Sistem e-Ticketing PSN dibangunkan menggunakan gerbang pembayaran real- time payment platform (RPP) daripada syarikat Payment Network Malaysia  (PayNet).

Untuk makluman, Sistem e-Ticketing PSN merupakan sistem yang terawal yang menggunakan platform RPP dalam agensi kerajaan.

Sistem ini bukan sahaja dapat diakses dan digunakan melalui pelayar sesawang (web browser), malahan pengguna juga dapat membeli tiket melalui aplikasi yang dimuat turun menerusi gerbang Google Play Store dan App Gallery Huawei.

Manakala di gerbang Apple App Store akan diintegrasi dalam masa terdekat.

Pada masa kini perkhidmatan Sistem e-Ticketing hanya menawarkan perbankan internet dan e-dompet (e-wallet) sahaja. Kaedah bayaran melalui kad debit dan kad kredit pula sedang diintegrasi dalam masa yang terdekat bagi memudahkan semua pengguna sistem.

Bermula 18 Julai 2023, pengunjung boleh melayari www.psn.gov.my atau memuatnaik aplikasi dalam talian e-Ticketing PSN di Google Play Store atau App Gallery Huawei bagi membuat pembelian tiket kemasukan.

Sistem ini kini memberikan kemudahan dan memudahkan pengunjung untuk membeli tiket dalam talian dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan di mana sahaja menggunakan peranti mudah alih masing-masing.

Pembangunan Sistem e-Ticketing PSN ini sejajar dengan penerimagunaan teknologi baharu (emerging technologies) seiring dengan transformasi digital sektor awam. Ia juga bertepatan dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021 – 2025 yang telah menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan sektor awam sebagai panduan bagi memacu agenda Kerajaan Digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital.

Turut hadir semasa majlis ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Aminuddin Hassim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya