Morib tidak seharusnya meriah pada hujung minggu - Utusan Malaysia

Morib tidak seharusnya meriah pada hujung minggu

Pantai Morib
ROSNIZAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pantai Morib tidak seharusnya meriah pada hujung minggu sahaja, sebaliknya ia perlu dipromosikan dan menjadi tumpuan selain daripada penduduk tempatan supaya ia memberi manfaat kepada peniaga di situ meskipun pada hari bekerja.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Morib daripada Perikatan Nasional (PN), Rosnizan Ahmad, berkata, kawasan pantai itu perlu dimajukan supaya ia menjadi lokasi tarikan pelancong dari luar yang tidak hanya berkunjung pada hujung minggu sahaja.

“Mesti dicari inisiatif untuk bangunkan pantai Morib supaya memberi impak kepada peniaga-peniaga dan dalam masa sama meningkatkan ekonomi mereka, kekurangan pengunjung juga mesti diatasi.

“Saya lihat tumpuan hanya di Pantai Morib tetapi pantai itu hanya dikunjungi pada hari minggu sahaja menyebabkan peniagadi kawasan itu peroleh pendapatan pada tempoh itu sahaja.,”katanya ketika ditemui meninjau pantai dan bertemu peniaga, semalam.

Tambahnya, sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di kawasan tersebut, beliau berhasrat mengusahakan perancangan untuk memajukan Morib berbuat sesuatu di Morib menerusi manifesto yang akan diumumkan nanti.

“Isu seperti rumah Selangorku terbengkalai daripada dulu sampai sekarang itu menjadi satu matlamat kita untuk kita semak balik daripada punca-punca (terbengkalai)itu. Jika kita dapat kerajaan negeri ini antara isu yang akan atasi adalah isu tersebut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya