Model mengamuk disaman polis - Utusan Malaysia

Model mengamuk disaman polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang model wanita mengamuk dan menghambur kata-kata kesat kepada polis selepas tidak berpuas hati disaman atas kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu di Jalan Tun Sambanthan dekat sini semalam.

Kejadian itu turut dirakam orang awam hingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menyedari satu klip video di aplikasi Tiktok semalam memaparkan perbuatan wanita terbabit yang melakukan provokasi dan menjerit kata-kata kesat kepada dua anggota polis yang sedang bertugas.

Katanya, siasatan mendapati suspek berusia 30-an tidak puas hati kerana disaman dengan kesalahan memandu menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Kejadian provokasi itu dikatakan berlaku pada 3.40 petang Isnin lalu dan sehingga kini, video terbabit masih boleh diakses serta mempunyai 274 perkongsian di Facebook dan 5,414 perkongsian di Tiktok.

“Ia dikhuatiri boleh menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugasnya, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebarang maklumat jenayah boleh disalurkan ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN