PASIR PUTEH: Penduduk di pesisir Sungai Semerak di sini, berjaya merawat air payau dan masam kelat dengan menghasilkan air berkualiti untuk kegunaan harian. Berkongsi kejayaan itu, Mohd. Nurul Fakhri Mat Derasid, 39, berkata, air yang ditapis menggunakan susunan batu serpihan (chipping), arang tempurung kelapa dan pasir halus berjaya menyelesaikan masalah air berkeladak, berbau dan beralkali tinggi. Menurutnya, modal yang diperlukan hampir mencecah RM2,000 untuk penyediaan dua tangki (tong) serta bahan yang dijadikan alat tapisan. “Hanya sekali keluar modal namun ia boleh digunakan sepanjang hayat selain menjimatkan perbelanjaan tarif air kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya