Minyak paket bersasar dilaksana tahun depan - Utusan Malaysia

Minyak paket bersasar dilaksana tahun depan

Minyak paket
FUZIAH Salleh melancarkan aplikasi Aduan Suri peringkat Selangor di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan dijangka melaksanakan pembelian minyak masak paket kepada kumpulan bersasar pada tahun depan dan mengenalpasti 5.8 juta isi rumah daripada kumpulan B40 dan M40 dikenalpasti layak menerimanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, seramai 5.8 juta isi rumah daripada B40 dan M40 telah dikenalpasti dan layak berada dalam kumpulan bersasar itu dan akan menambah lagi hampir sejuta dalam kalangan peniaga mikro yang memerlukannya seperti penjual ayam gunting, pisang goreng dan keropok lekor.

“Sekarang kita mewujudkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu agensi dibawah Jabatan Statistik dengan semua data perlu dikemaskini dan dibersihkan. Data ini akan ada paling awal hujung tahun sebab sebelum ini data kita merata-rata seperti e-kasih, zakat. 

“Kita ada anggaran 5.8 juta isi rumah dan dianggarkan hampir sejuta untuk peniaga mikro. Jadi mereka (peniaga) kena daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya selepas merasmikan Outreach Sara Hidup dan Aduan Suri Peringkat Selangor, hari ini.

Terdahulu, isu kekura­ngan minyak masak paketdilaporkan kembali menghantui pengguna berikutan barangan itu sukar di dapati di premis perniagaan sejak minggu lalu khususnya di negeri utara Semenanjung. 

Fuziah menjelaskan kuota minyak masak paket negara adalah 65,000 metrik tan sebulan yang bersamaan 60 juta paket sebulan.

“Kalau ikut kumpulan sasar mereka (peniaga mikro) tidak masuk, tetapi kita sedar bahawa para peniaga mikro ini memerlukannya, sebab itu kita tidak mengambil tindakan namun pengusaha restoran kita memang tidak diberi.

“Lagipun, sistem sebelum ini subsidi pukal. Letak sahaja di pasar, sesiapa boleh beli termasuk T20 malah warga atau pekerja asing,” ujarnya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelaksanaan itu bagaimanapun berkemungkinan akan dilakukan selepas pembelian minyak diesel dan RON 95.

“Sebab kalau tengok bahan bakar subsidi seperti diesel, RON95 serta gas petroleum cecair (LPG), kita membelanjakan subsidi sebanyak RM30 billion tahun lalu.

“Minyak masak pula RM2.4billion. Jadi, dari segi keutamaan lambat sikit. Namun KPDN bertanggungjawab dalam minyak masak ini dan kita boleh memberikan tumpuan berbanding diesel dibawah Kementerian Kewangan (MOF),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya