Mierul Aiman bina badan umpama bodyguard - Utusan Malaysia

Mierul Aiman bina badan umpama bodyguard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mierul Aiman, 25, memaklumkan menambah kekerapan latihan di gimnasium untuk mendapatkan bentuk fizikal seorang pengawal keselamatan.

Kata Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, usaha tersebut adalah persediaan untuk melakonkan watak seorang bodyguard, Ghazi untuk drama bersiri terbarunya W Two Worlds yang bakal ditayangkan di platform Viu hujung tahun ini.

“Saya pergi ke gimnasium, adakalanya sertai latihan tinju. Semua latihan fizikal yang saya buat sekarang adalah untuk karakter ini.

“Yang penting kena kekalkan stamina dan amalkan senaman kardio. Sasaran saya untuk dapat fizikal seorang pengawal keselamatan,” katanya ketika ditemui pemberita di set penggambaran drama tersebut, baru-baru ini.

Mierul sebelum ini mencipta nama menerusi drama popular Project High Council.

Dalam pada itu, Mierul mengakui karakter Ghazi adalah watak impian yang diidamkannya sekian lama.

“Saya minat filem aksi selepas menonton filem Apocalypto. Ketika itu saya masih lagi kanak-kanak.

“Filem itu menyedarkan bahawa filem aksi memang untuk saya. Sebab itu watak Ghazi ini antara yang saya tunggu,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya