PETALING JAYA: Penyanyi Masya Masyitah membuat kejutan apabila memuat naik tujuh keping foto di laman Instagram tidak lagi mengenakan hijab.
Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, mengenakan busana merah jambu, berambut panjang dengan aksesori reben.
“Mental kamu harus lebih kuat daripada perasaan kamu,” tulisnya pendek dalam kapsyen gambar berkenaan.
Mengintai ruangan komen, ramai yang terkejut dengan penampilan terbaharu penyanyi Halimunan itu.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar suatu hari nanti Masya kembali mengenakan hijab.
“Ini ujian untukmu dan untuk kita juga,” tulis satu komen.
“Saya dah mengikuti awak sejak sekolah. Semoga kembali bertudung dan istiqamah ya,” kata seorang lagi pengguna.
“Mana Masya yang saya kena dulu?” kata komen yang lain.
Utusan Malaysia cuba mendapatkan komen daripada penyanyi tersebut namun belum menerima sebarang respons. – UTUSAN