Menggamit memori SMKADG '97

Menggamit memori SMKADG ’97

SEBAHAGIAN bekas pelajar dan guru SMKA Durian Guling yang berhimpun sempena Hari Jubli Perak kumpulan pelajar 1997 di Marang, Terengganu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKAS pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling di Marang, Terengganu melibatkan kumpulan 1997 mengabadikan kenangan terindah semasa alam persekolahan dengan berhimpun sempena Sambutan Jubli Perak mereka di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Mereka menyifatkan pertemuan semula itu sebagai menggamit memori manis ketika melalui zaman persekolahan satu ketika dahulu.

Tetamu istimewa, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Shafruddin Ali Hussin yang hadir turut mengimbas semula kisah-kisah kejayaan dan kecemerlangan pernah dicapai oleh warga sekolah tersebut dalam pertemuan tersebut.

Shafruddin yang pernah bertugas sebagai guru di SMKA Durian Guling juga berharap agar hubungan mesra yang terjalin antara bekas pelajar sekolah itu akan terus berkekalan dan memberi manfaat kepada pelajar baru agar lebih banyak kejayaan tercipta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya