Memandu lawan arus elak diperiksa polis

Memandu lawan arus elak diperiksa polis

MOHD. ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan dua lelaki selepas melarikan diri dari pemeriksaan polis dengan memandu secara melawan arus di Lebuhraya Kajang Silk, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.18 malam itu membabitkan Isuzu D-Max memandu melawan arus sehingga menyebabkan pacuan empat roda berkenaan terlibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek bertindak melarikan diri dari pemeriksaan polis dan memandu secara melawan arus sehingga berlaku kemalangan dengan kenderaan orang awam di tengah lebuh raya.

“Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan menjumpai beberapa peralatan disyaki boleh digunakan untuk melakukan kesalahan jenayah pecah rumah dan curi kabel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai 24 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan narkotik.

Katanya, ujian air kencing ke atas suspek berusia 30 dan 31 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamin.

“Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari pemeriksaan polis.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 28(i)(ii) Akta Kesalahan Kecil (memiliki peralatan pecah rumah), Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu secara berbahaya),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya